Menebus tanah air dan harta benda bangsa !
•April 9, 2008 • Tinggalkan KomenSaat sangat berharga dalam hidup kita…
•April 8, 2008 • Tinggalkan Komen ”Tempat mengadu, meminta, dan kembali segala urusan bagi orang
beriman hanyalah Allah, Rasulullah SAW memberitahukan minit-minit yang sangat
berharga untuk menghadap dan memohon kepada Allah”
1. Waktu sepertiga malam terakhir saat orang lain terlelap dalam
tidurnya.
Allah SWT berfirman Petikan dari Surah Adz Dzariyat: Ayat 18-19:
“Mereka para muttaqin sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir
malam, mereka memohon ampun kepada Allah “.
Rasulullah SAW bersabda: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke
langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia
berfirman: Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta
kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun
kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya “Petikan dari Hadis Riwayat
Al-Bukhari.
Dari Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi Muhamad SAW bersabda yang
maksudnya : “tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya
adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada
sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang
yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah ” Petikan dari
Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad.
2. Waktu antara azan dan iqamah, saat menunggu solat berjamaah
Rasulullah SAW bersabda : “Doa itu tidak ditolak antara azan dan
iqamah, maka berdoalah!” Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu
Hibban.
Hadis Abdullah bin Amr Ibnul Ash ra, bahawa ada seorang laki-laki
berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muadzin itu telah mengungguli
kita,” maka Rasulullah SAW bersabda: “Ucapkanlah seperti apa yang
diucapkan oleh para muadzan itu dan jika kamu selesai (menjawab), maka
memohonlah, kamu pasti diberi ” – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Dawud dan
Ibnu Hibban.
3. Pada waktu sujud, iaitu sujud dalam solat atau sujud-sujud lain
yang diajarkan Islam. (seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud
sahwi).
“Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia
dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa” – Petikan dari Hadis Riwayat
Muslim.
Dan dalam hadis Ibnu Abbas ra, ia berkata: “Rasulullah SAW membuka
tabir (ketika beliau sakit), sementara orang-orang sedang berbaris (solat)
di belakang Abu Bakar ra, maka Rasulullah SAW bersabda; “Wahai sekalian
manusia, sesungguhnya tidak tersisa dari mubasysyirat nubuwwah (khabar
gembira lewat kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang
muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang
untuk membaca Al-Qur’an ketika ruku’ atau ketika sujud. Adapun di dalam
ruku’, maka agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, maka
bersungguh-sungguhlah berdoa, sebab (hal itu) pantas dimaqbulkan bagi kamu semua
“ – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim.
4. Setelah solat fardu. Iaitu setelah melaksanakan solat-solat wajib
yang lima waktu, termasuk sehabis solat Jumat.
Allah berfirman: “dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan
selesai solat” Petikan dari Surah Qaaf Ayat 40.
“Rasulullah SAW ditanya tentang bila doa yang paling didengar (oleh
Allah), maka beliau bersabda: “Tengah malam terakhir dan setelah
solat-solat yang diwajibkan ” Petikan dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi.
5. Waktu-waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti
batasan-batasannya.
“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada
seorang muslimpun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah
kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya “
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim.
Dalam kitab Al-JAwabul Kafi dijelaskan: “JIka doa itu disertai
dengan hadirnya kalbu dan dalam penuh khusyu’ terhadap apa yang diminta dan
bertepatan dengan salah satu dari waktu-waktu yang ijabah yang enam itu
iaitu :-
PERTAMA – sepertiga akhir dari waktu malam, KEDUA – ketika azan,
KETIGA – waktu antara azan dan iqamah, KEEMPAT – setelah solat-solat fardu,
KELIMA - ketika imam naik ke atas mimbar pada hari Jumaat sampai
selesainya solat Jumaat pada hari itu, KEENAM - waktu terakhir setelah
Asar.
PROWARIS MENUNTUT PAK LAH LETAK JAWATAN
•Mac 18, 2008 • Tinggalkan KomenKUALA LUMPUR, 18 MAC 2008 / 10 RABI’UL AWAL 1429H - Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan jumlah kemenangan kerusi di Parlimen serta kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada pihak pembangkang merupakan petanda jelas “PROTES RAKYAT MALAYSIA” terhadap BN. Berdasarkan kekalahan teruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Ke-12 ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi adalah merupakan PEMIMPIN MELAYU PALING LEMAH DALAM TEMPOH 50 TAHUN.
Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.
Menurut pengamatan ProWaris dalam Media-Media Alternatif, jentera-jentera UMNO dan BN telah melakukan sehabis baik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Ke-12 milik BN namun ISU KEPERIBADIAN PAK LAH DALAM MEMIMPIN, ISU KHAIRY JAMALUDIN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PAK LAH, ISU SICOMI MENGAUT KEBANYAKAN KONTRAK KERAJAAN SERTA PERILAKU TIDAK SENONOH BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO DAN BN adalah PUNCA UTAMA PROTES RAKYAT MALAYSIA TERHADAP BN DAN UMNO.
Perkembangan negatif ini amat menggusarkan UMNO dan orang Melayu di seluruh tanah air kerana semenjak kemenangan pilihanraya 2004, Pak Lah telah banyak menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara di dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 baru-baru ini.
KEGAGALAN PAK LAH MEMPAMERKAN CONTOH MORAL POSITIF ISLAM HADHARI, MENANGANI ISU HARGA MINYAK, ISU KENAIKAN HARGA BARANG, PENINGKATAN PERATUSAN JENAYAH YANG MENDADAK, ISU DADAH YANG SEMAKIN KRITIKAL, ISU MURTAD, KELEMBAPAN EKONOMI NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MASALAH LAIN telah menyebabkan PAK LAH DILIHAT SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG CUAI DAN LALAI sekaligus GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT dengan penuh cekap dan berkesan.
ProWaris juga sedar bahawa hubungan Pak Lah di peringkat antarabangsa juga telah menunjukkan peranan yang tidak berkesan malahan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG HANYA MENCUKUPKAN KORUM lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata negara-negara Islam.
Atas rasa tanggung jawab dan demi maruah orang Melayu, kami PROWARIS DENGAN SEPENUH SUARA MENDESAK DAN MENUNTUT PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA PRESIDEN UMNO DI DALAM MASA YANG TERDEKAT.
Percayalah bahawa Pak Lah akan terus dibuai dan dikaburi oleh kepimpinan atasan serta orang sekeliling Pak Lah atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO berselerakan di seluruh tanahair. ProWaris khuatir PROTES RAKYAT MALAYSIA ini akan berpanjangan sekaligus menyemarakkan gerakan REVOLUSI AKAR UMBI terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang akhirnya akan memberikan KESAN NEGATIF TERHADAP PRODUKTIVITI NEGARA SEKIRANYA PAK LAH TERUS MEMANDANG REMEH TERHADAP KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA.
PROWARIS sangat yakin dan berpendapat bahawa kini telah tiba masanya untuk orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH TUNDUK KEPADA KELEMAHAN DAN KEALPAAN PEMIMPIN MEREKA YANG TERUS-TERUSAN MENGUGUT DAN MENUNTUT KESETIAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA DEMI “SURVIVAL” MEREKA YANG TELAH MENGHANCURKAN AMANAH, HARAPAN DAN MARUAH BANGSA MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.
SESUNGGUHNYA, MULAI DARI TIKA DAN SAAT INI, PROWARIS INGIN MELIHAT SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MENDERHAKA KEPADA RAKYAT DAN BENAR-BENAR MENITIK BERATKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ORANG MELAYU KHUSUSNYA, DIBERIKAN PELUANG DAN MANDAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU DAN MENERAJU NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020.
FERIZ OMAR
Presiden PROWARIS Malaysia
Bagi Pihak Barisan Peneraju & Ahli Majlis Penasihat PROWARIS Malaysia
surat untuk ibu…
•Februari 19, 2008 • 1 KomenSurat ini berjaya ‘menyentuh’ banyak
hati..selain mampu mengingatkan
jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu
menaikkan semangat kita utk terus
berusaha dalam lapangan masing2,dgn
izin Allah s.w.t. InsyaAllah..Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg
yg sudah memiliki cahaya mata)
supaya anak2 kita sentiasa lembut
hatinya kesan daripada mmbaca surat ini
,insyaAllah.
Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang
hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter
kan sejuk syahdu masih terasa lagi
nih…. Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak
mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak
pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak
tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3
helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam
tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa
letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di
sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa
rancangan radio tu siaran siam ……
kengkadang siaran indonesia …
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan
tu di gunakan untuk mengiringi mak
ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah
bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak
diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat
maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit
dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama
laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3
petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah
pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja
yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam
hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak
dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon
mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak
makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh
perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke
hospital…. ..
Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital….
ampon kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan
gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong
naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan
sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam
garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan
kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar
pokok bunga…..
Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak
risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi
mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan …
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain
putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk
di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi
mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk
mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu
kann…kann. .kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20
pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan
perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam
kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter
sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi
jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar suasananya..
….
terasa syahdu dan
sayu…dinginnnn. ….
Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak
temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …..
Anak2 mak yang pangku masa mak
mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan
lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk
kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan
nangis…kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik
atas mak….
Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter
tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00
pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh”
kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang
subuh, kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat
selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali
terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum
aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi
makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi
mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni
jadi imam solat jenazah untuk
mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa
sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar
dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan
makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang
tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan..
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak
lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas
maghrib anak mak ini berendam
airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-
kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter
keluarkan gambar2 mak pastu apa
lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin
sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga
reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan …?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu
kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis
lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis
aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk
sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu
sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter
berikan…..
Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik
tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh
kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik
motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan
pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat
ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana
surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…k
iter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari
kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal
terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak
akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
*sumber : bapakuku(x-sys)
salman salman
•Februari 14, 2008 • Tinggalkan KomenSalman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. “Kenapa ni sayang?” tanya Salman. “I diserang sakit jantung”, jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, “Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar.” Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, “Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?”
Sama2 membantu…rentetan pencarian Sharlinie.(12/2/08)
•Februari 13, 2008 • Tinggalkan KomenKeluarga bimbang kesihatan Sharlinie
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Keadaan kesihatan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang sehingga kini tidak diketahui nasibnya selepas hilang pada 9 Januari lalu semakin membimbangkan keluarganya.
Bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29, berkata, ini kerana anaknya itu hanya boleh bertahan selama dua hingga tiga minggu jika tidak mendapat ubat lelah ventolin.
Jelas beliau, anaknya itu akan mudah sesak nafas terutama jika cuaca sejuk atau makan ais krim atau pisang.
“Saya harap siapa pun yang ambil Sharlinie akan memberi dia makan ubat ventolin kerana itu saja cara untuk memastikan kesihatannya terus stabil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Medan PJS2 di sini hari ini.
Mengenai perkembangan usaha mencari Sharlinie, Mohd. Nashar berkata, beliau dan keluarga masih meneruskan usaha meronda di sekitar Taman Medan dengan bantuan rakan-rakan dan Rukun Tetangga (RT).
Beliau juga berterima kasih kepada pihak polis yang sering menghubunginya untuk memaklumkan mengenai perkembangan usaha mencari yang dilakukan pasukan tersebut.
* sumber-utusan
plz take note! sama-sama membantu…
•Januari 31, 2008 • Tinggalkan KomenSama2 membantu…rentetan pencarian Sharlinie.(30/1/08)
•Januari 30, 2008 • 1 Komen‘Selamat hari jadi Sharlinie, 21 hari kami merinduimu’
PETALING JAYA 29 Jan. – Esok usia Sharlinie Mohd. Nashar genap lima tahun. Esok juga genap 21 hari anak kecil itu hilang.
Apa nasib kanak-kanak malang itu ketika ini tiada siapa yang tahu.
Kehilangan Sharlinie sejak 9 Januari lalu mendapat perhatian meluas media dan rakyat Malaysia yang kemudian sama-sama membantu pihak polis mencarinya.
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengambil berat kes penculikan tersebut.
Namun, setelah berjuta-juta poster diedarkan termasuk di sempadan negara dan beratus-ratus ribu buah rumah serta premis perniagaan di Lembah Klang diperiksa, Sharlinie masih belum ditemui.
Selepas tiga minggu, belum ada sebarang petunjuk di mana dia berada ketika ini.
Sempena ulang tahun kelahirannya yang kelima esok, keluarga Sharlinie tentu terbayang-bayang permintaan anak kecil itu.
Seminggu sebelum diculik dia sempat berpesan kepada ibunya, Suraya Ahmad, 28, supaya jangan lupa membelikan hadiah anak patung ‘Barbie’ pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang kelima.
Beberapa jam sebelum hilang pada 9 Januari lalu ketika dalam perjalanan pulang bermain bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari padang permainan tidak jauh dari rumah mereka di Taman Medan di sini, Sharlinie juga meminta dibelikan telefon bimbit mainan.
Esok sudah tentu tiada suasana riuh dan keriangan di rumah Suraya, tidak seperti lima tahun sebelumnya ketika Sharlinie dilahirkan tepat pukul 7.58 malam 30 Januari 2003.
Suraya memberitahu, dia teringat-ingatkan Sharlinie yang sering berbaju cantik pada hari ulang tahun kelahirannya.
Kanak-kanak itu sukakan kek coklat kegemarannya. Kegembiraan dan suara nyaringnya ketika memotong kek menggamatkan rumah.
Menurut Suraya, Sharlinie gemar mengambil krim coklat di atas kek dan suka mencampakkannya ke arah kakaknya, Sharliena.
Kemudian mereka akan sama-sama tergelak besar.
“Esok (hari ini) pasti kami sangat terasa ketiadaannya,” kata bapanya, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29.
Mohd. Nashar merayu: “Kepada siapa yang ambil Sharlinie, saya tahu kamu pun makhluk Allah yang ada perikemanusiaan.
“Tolonglah pulangkan dia, kami tidak tahan lagi menanggung derita merinduinya.”
Berikutan kehilangan Sharlinie, sambutan ulang tahun kelahirannya esok akan digantikan dengan majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat.
Bagi mengubat rindu, kata Mohd. Nashar, setiap malam isterinya akan mencium batal peluk Sharlinie yang tidak dibasuh sejak kehilangannya.
*sumber:utusan















Komen terbaru